Rakyat Jelata

Thursday, March 14, 2019

Sejarah Kampung



SEJARAH KAMPUNGKU....


Sumber: Google Image



Kampung Bukit Kuda merupakan salah sebuah kampung yang pesat membangun dari segenap aspek selaras dengan pembangunan yang dicapai oleh Labuan khususnya dan Malaysia amnya.

Disebabkan nama kampung ini amat sinonim dan ada kaitan dengan nama binatang iaitu ”Kuda’ mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah cerita disebalik nama tersebut. Menurut sumber yang boleh dipercayai, sebelum Bukit Kuda menjadi sebuah kampung, ianya merupakan sebuah hutan rimba yang mana terdapat ladang-ladang rumput yang luas dan subur terutamanya di salah sebuah puncak bukit pada ketika itu. Maka disinilah kononnya pada masa dahulu kadangkala orang ternampak kuda sering berkeliaran. Mengikut cerita dongeng sejarah kampung ini lagi, kuda itu hanya selalu dilihat pada malam-malam tertentu sahaja terutama malam Jumaat. Maka sesetengah orang beranggapan bahawa kuda itu bukan kuda biasa.

Mengikut cerita dari sumber yang lain pula, kuda itu sebenarnya adalah milik tuannya yang bernama "Encik Adam" dari kampung Lajau, iaitu kampung bersebelahan dan telah tersesat hingga ke kampung Bukit Kuda yang pada ketika itu belum di terokai sebagai sebuah kampung. Kuda tersebut telah menjadikan kawasan ladang rumput yang subur di sana sebagai kawasan ragutnya. Oleh yang demikian, apabila orang tempatan lalu lalang di kawasan tersebut, mereka mendapati banyak kuda sedang meragut rumput di puncak bukit sehinggalah ianya digelar sebagai "Bukit Kuda". Bermula dari itu, kawasan tersebut di teroka dan dijadikan sebuah kampung yang dinamakan Kampung Bukit Kuda.

No comments:

Post a Comment