Ditubuhkan untuk memberikan maklumat dan hebahan berkenaan aktiviti MPKK Kg. Bukit Kuda untuk tatapan semua warga pembaca khasnya buat warga kampung Bukit Kuda, WP Labuan. Selain dari itu juga, sebagai salah satu dari usaha untuk mempromosi kampung Bukit Kuda sebagai salah sebuah kampung tercantik dan contoh untuk kampung-kampung yang lain.
Rakyat Jelata
Wednesday, March 27, 2019
Friday, March 15, 2019
Senarai Nama AJK MPKKK 2019
1. Pengerusi / Ketua Kampung : En. Omar Bin Tangkim
2. Setiausaha : Cik Ezza Fazrina Binti Jurnain
3. Ahli Jawatnkuasa :
Pengerusi Pembangunan Prasarana
En. Mohd. Sopian Bin Soil
Pengerusi Keselamatan dan Kesihatan
En. Abu Bakar Bin Hj. Ali
Pengerusi Pengurusan Kewangan
En. Rizwan Sumon
Pengerusi Ekonomi dan Keusahawanan
En. Rahim Bin Suailin
Pengerusi Kesejahteraan dan Keceriaan
En. Shamsul Pandin
Pengerusi Pendidikan dan Inovasi
Cik Nurul Ashyikin Fitri Binti Abdul Samat
Pengerusi Pemantapan Spiritual
Puan Halimah Binti Saain
Pengerusi Kebajikan dan Kesukarelawan
En. Siman Bin Hassan
Pengerusi Belia, Sukan dan NGO
En. Mohammadthir Malik
Pengerusi Infostruktur dan Komunikasi
Cik Nurul Ashikin Binti Suhaili
Pengerusi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
Puan Reiniah Binti Kamis
Latar Belakang & Fungsi MPKK
LATAR BELAKANG MPKK
v Jemaah Menteri dalam
mesyuaratnya pada 27 Jun 2018 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB) agar JKKK distrukturkan semula bagi memastikan
ianya akan menjadi institusi yang lebih efektif dan efisien di dalam
pembangunan kampung.
v Antara penstrukturan semula
yang terlibat adalah seperti nama baharu JKKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung (MPKK), kuasa perlantikan oleh pihak Kerajaan Negeri, tatacara
pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya
30% adalah wanita dan penetapan kadar baharu elaun.
FUNGSI
MPKK
- Merancang dan melaksana pelan pembangunan kampung dengan penglibatan komuniti setempat menggunakan pendekatan bottom up approach ke arah mewujudkan kampung yang maju, makmur dan sejahtera.
Thursday, March 14, 2019
Tugas Pengerusi , Setiausaha & Ahli MPKK
TUGAS
PENGERUSI MPKK
- Sebagai pemimpin peringkat kampung dalam merancang, menggunakan sumber yang ada, menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera.
SETIAUSAHA
MPKK
- Melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan seperti menyelaras penganjuran mesyuarat, menyusun atur rekod serta fail.
AHLI MPKK
- Setiap ahli Jawatankuasa akan mengetuai setiap biro dan bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti biro di samping menggerakkan komuniti stempat untuk menyertai
Sejarah Kampung
SEJARAH KAMPUNGKU....
![]() |
Sumber: Google Image |
Kampung Bukit Kuda merupakan salah sebuah kampung
yang pesat membangun dari segenap aspek selaras dengan pembangunan yang dicapai
oleh Labuan khususnya dan Malaysia amnya.
Disebabkan nama kampung ini amat sinonim dan ada
kaitan dengan nama binatang iaitu ”Kuda’ mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah
cerita disebalik nama tersebut. Menurut sumber yang boleh dipercayai, sebelum
Bukit Kuda menjadi sebuah kampung, ianya merupakan sebuah hutan rimba yang mana terdapat
ladang-ladang rumput yang luas dan subur terutamanya di salah sebuah puncak
bukit pada ketika itu. Maka disinilah kononnya pada masa dahulu kadangkala
orang ternampak kuda sering berkeliaran. Mengikut cerita dongeng sejarah
kampung ini lagi, kuda itu hanya selalu dilihat pada malam-malam tertentu
sahaja terutama malam Jumaat. Maka sesetengah orang beranggapan bahawa kuda itu
bukan kuda biasa.
Mengikut cerita dari sumber yang lain pula, kuda itu
sebenarnya adalah milik tuannya yang bernama "Encik Adam" dari kampung Lajau,
iaitu kampung bersebelahan dan telah tersesat hingga ke kampung Bukit Kuda yang
pada ketika itu belum di terokai sebagai sebuah kampung. Kuda tersebut telah
menjadikan kawasan ladang rumput yang subur di sana sebagai kawasan ragutnya. Oleh yang demikian, apabila orang tempatan lalu lalang di
kawasan tersebut, mereka mendapati banyak kuda sedang meragut rumput di puncak bukit
sehinggalah ianya digelar sebagai "Bukit Kuda". Bermula dari itu, kawasan tersebut di
teroka dan dijadikan sebuah kampung yang dinamakan Kampung Bukit Kuda.
Nukilan Pertama Sang Editor
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua warga pembaca khususnya buat warga Kampung Bukit Kuda, WP Labuan. Selamat datang dan selamat membaca. Diharap semoga semua perkongsian yang akan dikemaskini dari masa ke semasa akan memberi manfaat buat warga kampung dan sekitarnya. Kami dari barisan kepimpinan MPKK Buki Kuda merasa bangga kerana dapat menyalurkan info dan maklumat yang berguna. Teruskan menyokong kepimpinan MPKK Bukit Kuda. Salam Ukhwah!
Subscribe to:
Posts (Atom)