Rakyat Jelata

Tuesday, May 21, 2019

PBBBK dinobatkan Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia 2019

Syabas & tahniah diucapkan kepada Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) kerana  telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia 2019 di dlm acara Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2019 sempena Hari Belia Negara.  Kami seluruh warga kampung Bukit Kuda amat berbangga dengan pencapaian belia kampung. Diharap PBBBK terus  memberi inspirasi kepada para belia Labuan khususnya belia kampung Bukit Kuda.

Sekali lg,  kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Belia Negara 2019'.

#youthpower
#pbbbk
#anugerahperdanabelianegara2019
#15mei2019
#labuanboleh
#mpkkbk
#johankategoripertubuhanbelia2019











Program Moreh Ramadhan 2019


Kemeriahan moreh Ramadhan 2019 di Surau Ar Raudhah, Kg Bukit Kuda WP Labuan ...
Semoga Ramadhan menjadi penghubung silaturahim antara penduduk kampung. 
















Kumpulan Giliran Moreh Ramadhan 2019 Kg Bukit Kuda WPL

MOREH DATANG LAGI SEMPENA RAMADHAN KAREEM!!!!

Berikut ialah senarai giliran moreh sepanjang Ramadhan 2019 




Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat memeriahkan moreh sekampung gais...

Pertandingan Cucul Hari Raya 2019




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Pertandingan cucul Kampung Bukit Kuda kembali lagi pada tahun 2019!!

Anjuran bersama:
Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) dengan kerjasama MPKK Kampung Bukit Kuda

💥Penyertaan adalah Percuma
💥Terbuka kepada warga Kampung Bukit Kuda sahaja
💥 Kreativiti terpulang kepada peserta
💥Penggunaan cucul moden (lampu LED) tidak dibenarkan
💥 Keputusan Juri adalah Muktamad

Penilaian:
2 Jun 2019 (Ahad)
Selepas Solat Terawih

Hadiah berupa Wang Tunai💰💰

Untuk mendapatkan borang penyertaan sila hubungi:
🧕🏼Shyikin www.wasap.my/60143549253
🧕🏼Ezza www.wasap.my/60143549461

Mari bersama memeriahkan Perayaan Hari Raya dengan cahaya cucul

Wednesday, May 15, 2019

Pertandingan Keceriaan Cucul Sekampung 2019


Kami dari warga Kampung Bukit Kuda ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh Muslimin Muslimat. Meriahkan kampung kita dengan pesta Cucul Sekampung ....Ayuh, jangan lepaskan peluang ini.... 

Wednesday, April 10, 2019

PROGRAM SUKAN WANITA & VETERAN PERINGKAT WP LABUAN 2019 SIRI 2 DAN PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2019



SIARAN MEDIA 

UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA                                                                       


PROGRAM SUKAN WANITA & VETERAN PERINGKAT WP LABUAN 2019 SIRI 2 DAN PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 DIMERIAHKAN DENGAN KEHADIRAN LEBIH 500 PENGUNJUNG DI SAMPING KERANCAKAN AKTIVITI EKONOMI TAMU  KAMPUNG BUKIT KUDA

LABUAN, 07 April 2019 -  Merapatkan silaturrahim komuniti kampung dan sekitarnya di samping membudayakan kehidupan sihat dalam kalangan warganya khasnya kepada golongan wanita dan golongan veteran ialah antara tujuan utama penganjuran sukan seumpama ini.  Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan dengan kerjasama di antara MPKK Bukit Kuda dan Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) ini telah mendapat sambutan yang cukup memberansangkan iaitu telah menerima jumlah penyertaan yang banyak untuk bertanding dalam sukan bola tampar wanita serta beberapa pertandingan dan aktiviti yang lain seperti zumba bersama Zin Tony, pertandingan Beyblade Burst, mini explorace, pertandingan mewarna, sukaneka, pameran basikal, persembahan silat, konvoi bermotor dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL), KEMAS, BEGANDING, KATARU, PESTA, KBIPL,KEKAL,LCLC.

Kehadiran pengunjung dianggarkan mencecah 500 orang dan majlis telah dirasmikan oleh  Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Rosman bin Datuk Haji Isli serta turut hadir sama ialah Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan, Encik Simsudin dan barisan Pengerusi Sub-2 dan Sub-zon 3 iaitu En.Kim Hock dan En. Salim. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu yang rata-rata gemar membeli belah di tamu Bukit Kuda yang semakin dikenali dari hari ke hari dan menjual pelbagai jenis seperti makanan, pakaian, kasut dan lain-lain. Tamu Bukit Kuda juga dilihat cukup unik kerana para peniaga bersepakat memakai pakaian bangsa Kedayan sebagai salah satu tujuan mengetengahkan budaya Kedayan itu sendiri yang merupakan bangsa majoriti warganya.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan acara penyampaian hadiah cabutan tiket bertuah kepada pengunjung bertuah. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat yang turut mengambil inisiatif mendekati komuniti kampung Bukit Kuda dan sekitarnya dengan membuka booth van bergerak bagi menyalurkan maklumat mengenai zakat, skim bantuan MAIWP dan lain-lain hal yang berkaitan.

Pada masa yang sama, penilaian Anugerah Belia Perdana Negara 2019 juga berlangsung di tempat yang sama yang mana Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) telah terpilih sebagai salah satu dari empat (4) persatuan yang bertanding dalam merangkul anugerah tersebut di peringkat kebangsaan. Panel penilai adalah mereka yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.  Sebagai rekod, antara pengiktirafan PBBBK ialah seperti Persatuan Belia Terbaik WP Labuan 1990, Johan APBN Negeri Kategori Persatuan 2002, 2011, 2013, 2016, 2017, Naib Johan APBN Peringkat Kebangsaan Kategori Persatuan 2017, Johan APBN Kategori Individu Lelaki 2013 (Gazali Osman-mantan pengerusi PBBBK), Johan APBN Kategori Individu Wanita 2017       (Nurazimah Anuar-mantan pengerusi PBBBK) serta terkini penarafan 4 bintang Pertubuhan Belia 2018 oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Untuk makluman, pada tahun inI juga PBBBK telah menyertai APBN peringkat negeri bagi kategori persatuan dan keputusan akan di umumkan pada 1 Mei 2019 sempena sambutan Hari Belia Peringkat W. P. Labuan. PBBBK telah bersaing bersama 3 persatuan lain di Labuan iaitu Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL), Kelab Belia Kg Ganggarak Merinding (BEGANDING) dan juga Persatuan Belia Kg Sg Lada (BELADA).

Semoga usaha memarbatkan kaum wanita dan veteran seperti ini akan membuahkan hasil dan memberi impak yang positif kepada seluruh lapisan masyarakat. Selain itu, semoga PBBBK akan menjadi contoh kepada belia Labuan. Pihak media turut merakamkan ucapan selamat berjaya kepada PBBBK dalam merebut Anugerah Belia Perdana Negara 2019.



Disediakan oleh:
Biro Infostruktur dan Komunikasi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kuda
07 April 2019

Friday, March 15, 2019

Senarai Nama AJK MPKKK 2019





1. Pengerusi / Ketua Kampung               : En. Omar Bin Tangkim

2. Setiausaha                                             : Cik Ezza Fazrina Binti Jurnain

3. Ahli Jawatnkuasa      :

Pengerusi Pembangunan Prasarana 
En. Mohd. Sopian Bin Soil

Pengerusi Keselamatan dan Kesihatan
En. Abu Bakar Bin Hj. Ali

Pengerusi Pengurusan Kewangan 
En. Rizwan Sumon

Pengerusi Ekonomi dan Keusahawanan
En. Rahim Bin Suailin

Pengerusi Kesejahteraan dan Keceriaan 
En. Shamsul Pandin

Pengerusi Pendidikan dan Inovasi
Cik Nurul Ashyikin Fitri Binti Abdul Samat

Pengerusi Pemantapan Spiritual 
Puan Halimah Binti Saain

Pengerusi Kebajikan dan Kesukarelawan
En. Siman Bin Hassan

Pengerusi Belia, Sukan dan NGO
En. Mohammadthir Malik

Pengerusi Infostruktur dan Komunikasi
Cik Nurul Ashikin Binti Suhaili

Pengerusi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
Puan Reiniah Binti Kamis










Latar Belakang & Fungsi MPKK



LATAR BELAKANG MPKK


v  Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Jun 2018 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) agar JKKK distrukturkan semula bagi memastikan ianya akan menjadi institusi yang lebih efektif dan efisien di dalam pembangunan kampung.


v  Antara penstrukturan semula yang terlibat adalah seperti nama baharu JKKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), kuasa perlantikan oleh pihak Kerajaan Negeri, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita dan penetapan kadar baharu elaun.


FUNGSI MPKK


  • Merancang dan melaksana pelan pembangunan kampung dengan penglibatan komuniti setempat menggunakan pendekatan bottom up approach ke arah mewujudkan kampung yang maju, makmur dan sejahtera.





Thursday, March 14, 2019

Tugas Pengerusi , Setiausaha & Ahli MPKK


TUGAS PENGERUSI MPKK

  • Sebagai pemimpin peringkat kampung dalam merancang, menggunakan sumber yang ada, menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera. 


SETIAUSAHA MPKK

  • Melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan seperti menyelaras penganjuran mesyuarat, menyusun atur rekod serta fail.


AHLI MPKK

  • Setiap ahli Jawatankuasa akan mengetuai setiap biro dan bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti biro di samping menggerakkan komuniti stempat untuk menyertai

Sejarah Kampung



SEJARAH KAMPUNGKU....


Sumber: Google Image



Kampung Bukit Kuda merupakan salah sebuah kampung yang pesat membangun dari segenap aspek selaras dengan pembangunan yang dicapai oleh Labuan khususnya dan Malaysia amnya.

Disebabkan nama kampung ini amat sinonim dan ada kaitan dengan nama binatang iaitu ”Kuda’ mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah cerita disebalik nama tersebut. Menurut sumber yang boleh dipercayai, sebelum Bukit Kuda menjadi sebuah kampung, ianya merupakan sebuah hutan rimba yang mana terdapat ladang-ladang rumput yang luas dan subur terutamanya di salah sebuah puncak bukit pada ketika itu. Maka disinilah kononnya pada masa dahulu kadangkala orang ternampak kuda sering berkeliaran. Mengikut cerita dongeng sejarah kampung ini lagi, kuda itu hanya selalu dilihat pada malam-malam tertentu sahaja terutama malam Jumaat. Maka sesetengah orang beranggapan bahawa kuda itu bukan kuda biasa.

Mengikut cerita dari sumber yang lain pula, kuda itu sebenarnya adalah milik tuannya yang bernama "Encik Adam" dari kampung Lajau, iaitu kampung bersebelahan dan telah tersesat hingga ke kampung Bukit Kuda yang pada ketika itu belum di terokai sebagai sebuah kampung. Kuda tersebut telah menjadikan kawasan ladang rumput yang subur di sana sebagai kawasan ragutnya. Oleh yang demikian, apabila orang tempatan lalu lalang di kawasan tersebut, mereka mendapati banyak kuda sedang meragut rumput di puncak bukit sehinggalah ianya digelar sebagai "Bukit Kuda". Bermula dari itu, kawasan tersebut di teroka dan dijadikan sebuah kampung yang dinamakan Kampung Bukit Kuda.

Nukilan Pertama Sang Editor





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 



Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua warga pembaca khususnya buat warga Kampung Bukit Kuda, WP Labuan. Selamat datang dan selamat membaca. Diharap semoga semua perkongsian yang akan dikemaskini dari masa ke semasa akan memberi manfaat buat warga kampung dan sekitarnya. Kami dari barisan kepimpinan MPKK Buki Kuda merasa bangga kerana dapat menyalurkan info dan maklumat yang berguna. Teruskan menyokong kepimpinan MPKK Bukit Kuda. Salam Ukhwah!