MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) KAMPUNG BUKIT KUDA
Ditubuhkan untuk memberikan maklumat dan hebahan berkenaan aktiviti MPKK Kg. Bukit Kuda untuk tatapan semua warga pembaca khasnya buat warga kampung Bukit Kuda, WP Labuan. Selain dari itu juga, sebagai salah satu dari usaha untuk mempromosi kampung Bukit Kuda sebagai salah sebuah kampung tercantik dan contoh untuk kampung-kampung yang lain.
Rakyat Jelata
Monday, June 17, 2019
Tuesday, May 21, 2019
PBBBK dinobatkan Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia 2019
Syabas & tahniah diucapkan kepada Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) kerana telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia 2019 di dlm acara Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2019 sempena Hari Belia Negara. Kami seluruh warga kampung Bukit Kuda amat berbangga dengan pencapaian belia kampung. Diharap PBBBK terus memberi inspirasi kepada para belia Labuan khususnya belia kampung Bukit Kuda.
Sekali lg, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Belia Negara 2019'.
#youthpower
#pbbbk
#anugerahperdanabelianegara2019
#15mei2019
#labuanboleh
#mpkkbk
#johankategoripertubuhanbelia2019
Sekali lg, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Belia Negara 2019'.
#youthpower
#pbbbk
#anugerahperdanabelianegara2019
#15mei2019
#labuanboleh
#mpkkbk
#johankategoripertubuhanbelia2019
Program Moreh Ramadhan 2019
Kemeriahan moreh Ramadhan 2019 di Surau Ar Raudhah, Kg Bukit Kuda WP Labuan ...
Semoga Ramadhan menjadi penghubung silaturahim antara penduduk kampung.
Kumpulan Giliran Moreh Ramadhan 2019 Kg Bukit Kuda WPL
MOREH DATANG LAGI SEMPENA RAMADHAN KAREEM!!!!
Berikut ialah senarai giliran moreh sepanjang Ramadhan 2019
Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat memeriahkan moreh sekampung gais...
Pertandingan Cucul Hari Raya 2019
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
Pertandingan cucul Kampung Bukit Kuda kembali lagi pada tahun 2019!!
Anjuran bersama:
Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) dengan kerjasama MPKK Kampung Bukit Kuda
💥Penyertaan adalah Percuma
💥Terbuka kepada warga Kampung Bukit Kuda sahaja
💥 Kreativiti terpulang kepada peserta
💥Penggunaan cucul moden (lampu LED) tidak dibenarkan
💥 Keputusan Juri adalah Muktamad
Penilaian:
2 Jun 2019 (Ahad)
Selepas Solat Terawih
Hadiah berupa Wang Tunai💰💰
Untuk mendapatkan borang penyertaan sila hubungi:
🧕🏼Ezza www.wasap.my/60143549461
Mari bersama memeriahkan Perayaan Hari Raya dengan cahaya cucul
Wednesday, May 15, 2019
Pertandingan Keceriaan Cucul Sekampung 2019
Kami dari warga Kampung Bukit Kuda ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh Muslimin Muslimat. Meriahkan kampung kita dengan pesta Cucul Sekampung ....Ayuh, jangan lepaskan peluang ini....
Wednesday, April 10, 2019
PROGRAM SUKAN WANITA & VETERAN PERINGKAT WP LABUAN 2019 SIRI 2 DAN PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
SIARAN MEDIA
UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA
PROGRAM SUKAN WANITA & VETERAN PERINGKAT WP LABUAN
2019 SIRI 2 DAN PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT
KEBANGSAAN 2019 DIMERIAHKAN DENGAN KEHADIRAN LEBIH 500 PENGUNJUNG DI SAMPING
KERANCAKAN AKTIVITI EKONOMI TAMU KAMPUNG
BUKIT KUDA
LABUAN, 07 April
2019 - Merapatkan silaturrahim komuniti
kampung dan sekitarnya di samping membudayakan kehidupan sihat dalam kalangan
warganya khasnya kepada golongan wanita dan golongan veteran ialah antara
tujuan utama penganjuran sukan seumpama ini.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan dengan kerjasama di
antara MPKK Bukit Kuda dan Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) ini
telah mendapat sambutan yang cukup memberansangkan iaitu telah menerima jumlah penyertaan yang banyak untuk bertanding dalam
sukan bola tampar wanita serta beberapa pertandingan dan aktiviti yang lain
seperti zumba bersama Zin Tony, pertandingan Beyblade Burst, mini explorace,
pertandingan mewarna, sukaneka, pameran basikal, persembahan silat, konvoi
bermotor dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL), KEMAS, BEGANDING, KATARU,
PESTA, KBIPL,KEKAL,LCLC.
Kehadiran
pengunjung dianggarkan mencecah 500 orang dan majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Rosman bin
Datuk Haji Isli serta turut hadir sama ialah Pengerusi Majlis Perwakilan
Penduduk (MPP) Labuan, Encik Simsudin dan barisan Pengerusi Sub-2 dan Sub-zon 3
iaitu En.Kim Hock dan En. Salim. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu
yang rata-rata gemar membeli belah di tamu Bukit Kuda yang semakin dikenali
dari hari ke hari dan menjual pelbagai jenis seperti makanan, pakaian, kasut
dan lain-lain. Tamu Bukit Kuda juga dilihat cukup unik kerana para peniaga bersepakat
memakai pakaian bangsa Kedayan sebagai salah satu tujuan mengetengahkan budaya
Kedayan itu sendiri yang merupakan bangsa majoriti warganya.
Majlis tersebut
juga dimeriahkan dengan acara penyampaian hadiah cabutan tiket bertuah kepada
pengunjung bertuah. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat yang turut mengambil inisiatif mendekati
komuniti kampung Bukit Kuda dan sekitarnya dengan membuka booth van bergerak
bagi menyalurkan maklumat mengenai zakat, skim bantuan MAIWP dan lain-lain hal
yang berkaitan.
Pada masa yang sama, penilaian Anugerah
Belia Perdana Negara 2019 juga berlangsung di tempat yang sama yang mana Pertubuhan
Belia Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) telah terpilih sebagai salah satu dari
empat (4) persatuan yang bertanding dalam merangkul anugerah tersebut di
peringkat kebangsaan. Panel penilai adalah mereka yang terdiri daripada pegawai
yang dilantik oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan. Sebagai rekod, antara pengiktirafan PBBBK
ialah seperti Persatuan Belia Terbaik WP Labuan 1990, Johan APBN Negeri
Kategori Persatuan 2002, 2011, 2013, 2016, 2017, Naib Johan APBN Peringkat
Kebangsaan Kategori Persatuan 2017, Johan APBN Kategori Individu Lelaki 2013
(Gazali Osman-mantan pengerusi PBBBK), Johan APBN Kategori Individu Wanita
2017 (Nurazimah Anuar-mantan
pengerusi PBBBK) serta terkini penarafan 4 bintang Pertubuhan Belia 2018 oleh
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Untuk makluman, pada tahun inI juga PBBBK
telah menyertai APBN peringkat negeri bagi kategori persatuan dan keputusan
akan di umumkan pada 1 Mei 2019 sempena sambutan Hari Belia Peringkat W. P.
Labuan. PBBBK telah bersaing bersama 3 persatuan lain di Labuan iaitu Kelab
Belia Anak Layangan (KEBAL), Kelab Belia Kg Ganggarak Merinding (BEGANDING) dan
juga Persatuan Belia Kg Sg Lada (BELADA).
Semoga usaha memarbatkan kaum wanita
dan veteran seperti ini akan membuahkan hasil dan memberi impak yang positif
kepada seluruh lapisan masyarakat. Selain itu, semoga PBBBK akan menjadi contoh
kepada belia Labuan. Pihak media turut merakamkan ucapan selamat berjaya kepada
PBBBK dalam merebut Anugerah Belia Perdana Negara 2019.
Disediakan oleh:
Biro Infostruktur dan Komunikasi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
(MPKK) Bukit Kuda
07 April 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)